Kod Dalam MIUI 12 Dedahkan Ciri Xiaomi 11 Pro - Penukaran Video SDR Ke HDR

Xiaomi dijangkakan akan mengumumkan peranti andalannya tidak lama lagi iaitu Xiaomi 11 Pro. Ia mungkin akan diumumkan semasa acara Qualcomm yang akan diadakan awal Disember ini.

Tahun lalu, mereka juga umum siri Mi 10 yang dilengkapi Snapdragon 865 semasa acara ini berlangsung dan diharapkan mereka akan lakukan perkara yang sama tahun ini.

Spesifikasi penuh Xiaomi 11 masih belum diketahui lagi akan tetapi seperti yang didedahkan sebelum ini, ia akan guna panel resolusi QHD+ serta kadar penyegaran 120Hz.



Ini bukanlah telefon Android pertama yang guna teknologi sebegini. OPPO Find X2 Pro dan OnePlus 8 Pro sudah guna panel QHD serta 120Hz.

Namun, Mi 10 Pro hanya guna panel FHD dan kadar penyegaran 90Hz, sudah tentu ini adalah perkara terbesar dalam telefon Xiaomi.

Selain panel resolusi tinggi, Xiaomi akan perkenalkan paparan baru dalam Xiaomi 11 Pro. Menurut kacskrz melalui XDA, beliau menemui beberapa fungsi paparan baharu dalam kod beta MIUI 12.



Ia termasuk bingkai video MEMC serta penukaran video SDR ke HDR masa nyata dan video resolusi super.

MEMC sudah diterapkan dalam Mi 10 Ultra dan Mi 10T Pro tetapi Xiaomi masih belum ada fungsi penukaran video SDR ke HDR atau video resolusi super.

Buat masa kini, hanya OPPO Find X2 dan OnePlus 8 Pro sahaja ada dengan ciri video SDR ke HDR. Xiaomi 11 Pro dijangkakan akan dilancar pada bulan Januari tahun 2021.

Sumber: ithome