Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo Vision 2021 Photography Contest Key Visual

KLPF Dan vivo Bersama Menjayakan Pertandingan Fotografi vivo Vision 2021

Diterbitkan Mei 16, 2021 oleh ariff bukhari

vivo Malaysia mengumumkan mereka bekerjasama dengan Festival Fotografi Kuala Lumpur (KLPF) menerusi anjuran Pertandingan Fotografi vivo Vision 2021 yang bermula dari 11 Mei hingga 8 Jun 2021.

Pertandingan fotografi itu dibuka kepada peserta yang berumur 12 tahun dan ke atas.

Peserta boleh memilih 4 tema fotografi yang diminati mereka dalam tempoh pertandingan itu berlangsung.

Berikut adalah jadual tema mingguan serta tempoh tema fotografi itu berlangsung sepertimana yang dinyatakan vivo:-

vivo foto contest

Peserta hanya boleh menggunakan telefon pintar mereka dalam pertandingan tersebut dan memuat naik gambar yang diambil ke dalam akaun Instagram masing-masing dengan menggunakan tanda pagar #vivovision2021, tag  @vivo_malaysia dan @malaysia_klpf.

Para peserta pertandingan fotografi ini bakal berpeluang memenangi hadiah kemenangan yang berjumlah RM15,000.00 yang terdiri daripada model flagship telefon pintar vivo X60, vivo TWS Neo Earbuds dan vivo Wireless Sport Earphone.

 Untuk info lanjut serta mengetahui cara menyertai Pertandingan Fotografi vivo Vision 2021 ini, sila layari laman rasmi vivo Vision 2021 Photography Contest atau di laman Instagram vivo_malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY