KLIA Dan KLIA 2 Alami Gangguan Selular Selama 3 Bulan Untuk Beri Ruang Kerja Naik Taraf

Bermula 1 Januari yang lalu, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah menjalankan kerja-kerja naik taraf prasarana komunikasi  bagi dua lapangan terbang, KLIA dan KLIA 2.

Lanjutan daripada proses naik taraf itu, pengguna yang berada dikedua-dua lapangan terbabit akan mengalami gangguan dari segi penerimaan dan kelajuan sambungan selular dan talian pajak dalam terminal penumpang serta kargo.



Bagi membantu pengguna dalam mengatasi masalah sambungan tersebut, pihak MAHB telah menyediakan perkhidmatan talian tetap dikaunter-kaunter maklumat dan meningkatkan kekuatan capaian WiFi percuma bagi kemudahan pengguna berkomunikasi melalui aplikasi telefon pintar.

Dijalankan secara berperingkat selama tempoh tiga bulan, kerja-kerja naik taraf ini akan meningkatkan prasaran komunikasi kearah pendigitalan KLIA dan KLIA dan pengalaman pengguna yang lebih baik.

Sumber: Malaysia Airports