KLIA Bakal Dilengkapi Dengan Peranti Semakan Status Kawalan Imigresen

Kebiasaannya sebelum memulakan perjalanan ke luar negara, anda akan menyemak status kawalan imigresen sama ada dibenarkan meninggalkan tanah air ataupun tidak.

Semakan boleh dibuat secara dalam talian di portal rasmi Jabatan Imigresen dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan dan ia akan memaparkan mesej "sah" sekiranya rekod anda bersih dari terikat dengan undang-undang atau disenarai hitam kerana kegagalan membayar hutang PTPTN dan lain-lain.

Terkini, memetik berita daripada BH Online, pada bulan hadapan Jabatan Imigresen dijangka akan memperkenalkan peranti  semakan status kawalan imgresen di KLIA. Peranti ini diperkenalkan dengan tujuan mengurangkan kesesakan di kaunter imigresen yang sering kali dipenuhi penumpang atas pelbagai faktor, seperti contoh penumpang disekat kerana gagal melunaskan cukai pendapatan di LHDN.

Selain daripada itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, jabatan itu sedang dalam perancangan menambah baik sistem pagar automatik di KLIA yang mana mereka akan memperkenalkan teknik pengenalan retina.

Sumber: BH Online

Kredit Foto: Malaysia Gazette (Mohd Asyraf Mustaqim Badrul Munir)