KKTM Petaling Jaya Diiktiraf Sebagai Huawei ICT Academy

Koleh Kemahiran Tinggi Mara Petaling Jaya (KKTM Petaling Jaya) telah mendapat pengiktirafan daripada Huawei baru-baru ini. Ini menjadikan KKTM Petaling Jaya sebagai Huawei ICT Academy melalui program usahasama yang terjalin.

Ia merupakan inisiatif global pihak huawei dalam memperkasa dan menyokong pembangunan ICT serta IoT. Selain diberi latihan dan pengetahuan berasaskan produk Huawei, program ini turut memberi peluang pelajar mendapatkan sijil yang diiktiraf secara global. Contohnya seperti HCIA IoT, HCIA Cloud Computing dan HCIA Big Data.

Ini sekaligus meningkatkan kebolehpasaran graduan MARA dalam menempuh era Revolusi Industri 4.0. Selain daripada KKTM Petaling Jaya, Universiti Malaya juga sudah menjalin usahasama dengan Huawei dan turut menyertai Huawei ICT Academy.

 

Sumber dan kredit foto utama: eWARTA MARA

Beli peranti Huawei dari Lazada (https://invol.co/cloktj) atau Shopee (https://invol.co/clokto).