Beliau berkata, walaupun terdapat cabaran seperti kedudukan geografi di Sabah dan Sarawak yang bergunung-ganang dan kawasan yang terpencil, perkara itu perlu diatasi.
“Kerajaan perlu lihat bagaimana cara kita boleh pastikan semua rakyat Malaysia mendapat akses kepada internet.
“Kementerian mahu tekankan kepada internet, yang mempunyai kualiti internet berkelas dunia, iaitu dengan kelajuan minimum 10 Mbps dan 40 Mbps dan dalam persekitaran yang baik,” katanya ketika ditemu bual bersama stesen radio Sarawakfm di RTM Kuching, hari ini.
Beliau juga menekankan mengenai kos penggunaan internet di mana pihaknya mahukan kadar yang tidak terlalu tinggi dikenakan kepada pengguna.
“Jika kos penggunaan internet terlalu tinggi, ia akan mengakibatkan sebahagian rakyat tidak mampu untuk mengguna perkhidmatan internet,” katanya.
Sementara itu, menurut beliau, setelah mempunyai kemudahan internet dan infrastruktur yang mencukupi, kerajaan seharusnya mempunyai program-program yang mendidik rakyat supaya menggunakan teknologi berkenaan untuk meningkatkan taraf kehidupan.
“Satu perkara yang saya lihat ialah kita boleh bawa kemudahan internet ini ke kawasan luar bandar. Banyak peniaga kecil yang boleh mengguna internet untuk pasaran yang lebih luas,” katanya.
Selain itu, beliau berkata akses internet tidak terhad kepada perniagaan, malah bidang perbankan, pendidikan dan perubatan juga mendapat manfaat yang sama.
“Misalnya perbankan, ramai yang pergi ke bank untuk memeriksa baki akaun. Tetapi jika gunakan kemudahan internet itu, kita tidak perlu lagi ke bank sebaliknya hanya menerusi perbankan secara internet,” katanya.
-- BERNAMA
Berkaitan
- Video Berusia 120 Tahun Dinaik Taraf Kepada Resolusi 4K Dan Ini Hasilnya
- OPPO Janjikan Rakaman Video Terbaik Pada Reno 2
- Bocoran Video Memperlihatkan Huawei P20 Lite/ Huawei Nova 3E
- Telefon Pintar Samsung Dengan Grafik AMD Radeon Dijangka Hadir 2021
- Facebook Giat Membangunkan Permainan Video
- Samsung Keluarkan Video Memperlihatkan Antaramuka One UI
- Huawei Dan Astro Kerjasama Tawar Pakej Video Merdeka Bundle
- Video Promosi Alcatel 3V Tertiris Awal Sebelum Pelancaran
- Google Duo Akan Sokong Panggilan Video Sehingga 32 Orang Pengguna
- Video YouTube Pada iOS Boleh Dimainkan Dengan Paparan Penuh Secara Menegak