KKMM Mengumumkan Senarai Pemenang Pertandingan Ideas4KKMM

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengumumkan senarai pemenang Pertandingan Ideas4KKMM hari ini.




Pertandingan Ideas4KKMM adalah bertujuan untuk mendapatkan idea dan cadangan terbaik berpandukan enam teras dalam Kerangka Pelan Strategik Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) 2019-2023.

KKMM memaklumkan, mereka telah menerima sebanyak 817 penyertaan sepanjang tempoh pertandingan dijalankan termasuklah daripada warga Malaysia yang berada di luar negara iaitu dari Cologne dan Leipzig, Germany, dan Korea Selatan.

Dari jumlah itu, hanya 10 penyertaan terbaik telah dipilih sebagai pemenang dengan hadiah pertandingan sebanyak RM1,000.00 setiap pemenang dan sijil penghargaan.

Berikut adalah senarai 10 pemenang Pertandingan Ideas4KKMM beserta dengan idea para pemenang:-




  1. Eriezen Dickel Bin Beldon Wilayah Persekutuan Labuan -“Gabungan penggunaan teknologi solar dan sistem pemancar bergerak atau mobile cell tower khususnya di kawasan pedalaman.”

  2. Muhammad Nur Haziman Bin Saloman Kuching, Sarawak - “Menaik taraf infrastruktur ICT dengan meningkatkan jumlah menara komunikasi termasuk meningkatkan dan memperluas rangkaian internet.”

  3. Divagaar Siva Klang, Selangor - “Telecommunications infrastructure must be designed to be agile and scalable such as opting-in smart lamp-poles, smart street furniture or small cells.”

  4. Yuvarani Loganathan Padang Serai, Kedah - “Membina ‘Digital Coin’ yang akan menonjolkan imej negara Malaysia dan Johor sebagai koloni ICT baru.”

  5. Muhammad Ariff Bin Haidar Pendang, Kedah - “Menubuhkan badan profesional bagi memberi pengiktirafan kepada pemain industri kreatif.”

  6. Muhamad Asmaadi Bin Abd Razak Pulau Pinang - “Penerbitan komik bertemakan kenegaraan dan patriotisme kolaborasi dengan kartunis-kartunis tempatan terkenal.”






  1. Tharani Ramalingam Ipoh, Perak - “Encourage students from their primary school days in participating in creative campaigns, competitions and workshops.”

  2. Muhammad Dhamir Audi Bin Azizul Kuala Pilah, Negeri Sembilan - “Memastikan kandungan kreatif memberikan kesan sosial dan ekonomi yang positif, hiburan dan peluang pasaran dengan anjakan paradigma daripada entertainment based kepada knowledge based.”

  3. Nurazlinda Binti Zolkepre Johor Bahru, Johor - “Menggalakkan semua IPT untuk menceburi bidang industri kreatif melalui program 1 Mahasiswa 1 Karya Kreatif.”

  4. Hanief Erza Bin Eri Aswandi Kuala Lumpur - “Mengkaji model Ekonomi Oren (Orange Economy) iaitu industri harta intelek dengan mengenal pasti karya-karya seni yang berpotensi untuk menjana pendapatan negara.”












Kesemua pemenang tersebut telah berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dan berkongsi aspirasi serta idea mereka dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah dalam sesi meja bulat yang diadakan secara maya hari ini.

KKMM memaklumkan, kesemua idea yang dipilih sebagai pemenang akan dibincangkan di peringkat pengurusan tertinggi untuk diteliti kesesuaian pelaksanaan melalui program atau projek sedia ada di bawah Kementerian dan agensi.