KKMM Dalam Proses Cadang Ketersambungan Internet Disenarai Sebagai Kemudahan Utiliti, Seperti Bekalan Air Dan Elektrik

Penggunaan teknologi dikuasakan internet didalam negara sedang boleh dikatakan semakin hari semakin meningkat. Ketersambungan internet yang lebih meluas menjadi faktor penting dalam menggerakan negara sebagai sebuah negara maju.

Menggarap laporan daripada Bernama, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dikatakan sedang dalam proses mencadangkan ketersambungan internet (Internet Connectivity) sebagai kemudahan utiliti sebagaimana bekalan air dan elektrik.

Menerusi kenyataan oleh YB Gobind Singh Deo pada laporan tersebut, cadangan itu akan dibawa kepada kerajaan yang mana satu polisi berkenaan ketersambungan internet sebagai utiliti dapat diwujudkan.

Dengan adanya polisi itu, ketersambungan internet akan diberikan penekanan yang sama rata seperti kemudahan utilit lain.

Selain daripada itu, cadangan tersebut turut dibincangkan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Melaluinya, terdapat cadangan untuk menyediakan kemudahan sambungan internet pada bangunan seperti kediaman atau pejabat yang berada dalam projek pembangunan baru.

Menjadikan ketersambungan internet sebagai salah satu kemudahan utiliti dilihat sebagai salah satu inisiatif baik dari pihak kementerian, dimana ia selari dengan kementerian yang mahukan akses internet lebih meluas pada masa hadapan, disamping menjadi persediaan untuk kedatangan rangkaian generasi kelima dalam beberapa tahun lagi.

Sumber: Bernama

Kredit foto utama: Cio.co.ke