Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maxresdefault (4)

KKM: Penggunaan Fon Telinga Dan Fon Kepala Terlalu Lama Boleh Rosakkan Deria Pendengaran

Diterbitkan September 30, 2020 oleh Helmi Samsuri

Kita boleh melihat fon telinga dan fon kepala digunakan secara meluas. Tidak kira sama ada untuk duduk bersantai mahupun saat beriadah diluar rumah. Namun begitu, penggunaan yang keterlaluan boleh membawa mudarat kepada kita.

Sebagai langkah peringatan, Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini telah menyatakan penggunaan fon telinga dan fon kepala yang terlalu lama boleh memberi impak kepada deria pendengaran kita.

Menurut KKM, kesan terhadap penggunaan itu berlaku secara perlahan-lahan. Walaupun ia tidak menyakitkan, tetapi kesannya kekal dan dijelaskan juga, ia tidak boleh diubati.

Penggunaan earphone atau headphone yang terlalu lama boleh merosakkan deria pendengaran anda.

Kesannya berlaku secara perlahan-lahan, tidak menyakitkan tetapi kekal. pic.twitter.com/xbXNf3TlJG

— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) September 30, 2020


Selain itu, KKM turut menyertakan beberapa langkah untuk mencegah perkara ini daripada berlaku. Pertama sekali adalah meminimumkan penggunaan, mengelakkan penggunaan earbud, tetapkan tahap kelantangan audio tidak lebih dari setengah dan tidak menggunakannya lebih daripada 90 minit.

KKM juga menasihatkan pengguna supaya memberikan masa rehat kepada telinga, hal ini supaya anggota badan tersebut boleh membaiki kerosakan yang dialami. Telinga memerlukan 16 jam untuk perbaiki kerosakan disebabkan bunyi kuat sepanjang malam.

Suka kami untuk mengingatkan kepada semua, tiada masalah untuk menggunakan fon telinga mahupun fon kepala, tetapi haruslah dalam keadaan sederhana dan tidak keterlaluan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY