Tidak kira pelajar mahupun individu bekerja terpaksa melakukan kerja seharian secara dalam talian. Secara tidak langsung, semakin hari kita menjadi semakin malas dan sentiasa ingin duduk tanpa bergerak. Namun, tahukah anda bahawa perkara ini akan menjejaskan kesihatan kita dalam jangka masa panjang?
Menerusi media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), perkara ini merupakan satu penyakit yang dipanggil "sitting disease". Istilah ini merujuk kepada duduk atau baring terlalu lama dan memberikan kesan buruk akibat gaya hidup sedentari.
https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1334635279609544706?s=20
Individu yang tidak aktif dan duduk lebih daripada 6 jam sehari adalah golongan yang paling berisiko untuk menghidapi penyakit kronik seperti diabetes dan kematian pramatang.
Oleh itu, KKM menyarankan individu yang mempunyai gaya hidup sebegini untuk kurangkan duduk. Selain itu, amalkan gaya hidup sihat seperti bergerak aktif atau melakukan senaman bagi mengekalkan kesihatan yang lebih baik.
Sumber: KKM
Berkaitan
- KKMM Umum Pakej Remaja Dan Peranti Keluarga Malaysia
- KKMM: Jawatankuasa Khas Ditubuh Untuk Kenal Pasti Kawasan Tiada Internet
- KKMM Mahu Guna Satelit Untuk Tambah Baik Komunikasi Waktu Bencana
- SKMM: Data Rasmi Daripada KKM Berkenaan COVID-19 Adalah Sahih
- KKMM Harap Syarikat Telekomunikasi Bagi Kualiti Rangkaian Sama Rata
- KKMM Akan Pastikan Penduduk Luar Bandar Dapat Capaian Internet Setanding Di Bandar