#KitaBantuKita - Program Jimat Belanja Kerjasama Lazada Dan TNG Digital Untuk Pemulihan Covid-19

Lazada Malaysia bersama-sama TNG Digital hari ini mengumumkan program kerjasama #KitaBantuKita yang bertujuan sebagai pemulihan Covid-19. Program ini merupakan insentif RM6 juta yang disuntik oleh kedua-dua syarikat untuk melindungi 320,000 perniagaan kecil dan sederhana tempatan dalam industri e-dagang.



Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia dapat menikmati penjimatan sehingga RM36 melalui pelbagai rebat dan baucar di Lazada. Bermula hari ini sehingga 31 Julai 2020, ini yang bakal anda nikmati:

  • Diskaun RM5 untuk pengguna baharu Lazada, tiada minimum perbelanjaan.

  • Baucar RM10 untuk pengguna baharu Lazada, perlu dikumpul.

  • Baucar RM3 untuk kesemua pengguna Lazada, perlu dikumpul.

  • Baucar RM3 untuk kesemua pengguna Touch ‘n Go eWallet di Lazada, perlu dikumpul.

  • Cashback RM5 (sekali sahaja) untuk pembelian pertama pengguna Touch ‘n Go eWallet.

  • Cashback sehingga RM10 (sekali sahaja) untuk tambah nilai di Lazada Wallet.


Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, boleh layari laman Lazada di pautan ini.

 

Berkaitan