Kisah Sedih Pengguna Samsung Galaxy Z Flip, Buka-Buka Skrin Terus Retak

Baru seminggu sahaja Samsung Galaxy Z Flip telah dilancarkan pada acara Galaxy Unpacked. Peranti ini merupakan percubaan kedua Samsung dalam menghasilkan peranti boleh-lipat selepas Galaxy Fold. Peranti ini telah pun mula dijual di AS dan Korea Selatan.

Namun tidak disangka-sangka, ia mendapat sambutan hangat dan jualannya laris serta kehabisan stok. Dengan jualan fasa pertama sebanyak 20,000 habis terjual, ini bermakna sudah ramai pembeli yang sudah menggunakan Galaxy Z Flip ini. Walau bagaimanapun, sama seperti Galaxy Fold, Galaxy Z Flip ini seakan 'rapuh'.

Terbaru pengguna Twitter yang baru sahaja membeli peranti ini memuat naik pengalaman menggunakan peranti tersebut. Menurutnya, sejurus selepas beliau membuka lipatan peranti, beliau terdengar bunyi retak.

https://twitter.com/mondoir/status/1228355380528451584

Beliau turut menambah adakah cuaca sejuk mempengaruhi tahap kerapuhan skrin tersebut. Pihak Samsung walau bagaimanapun telah meminta beliau maklumat yang lebih lanjut untuk menyiasat isu berkenaan.



Ini merupakan kes kali pertama secara awam peranti Galaxy Z Flip retak sebaik sahaja lipatan dibuka. Walau apapun alasannya, sedikit ralat untuk peranti yang berharga 1500usd (~RM6,225) yang rosak sebelum sempat digunakan.

Sumber: Twitter

Berkaitan