Kipas Terbaharu Dyson Menggabungkan Pemanas, Penyejuk Dan Pembersih Udara







Kebiasaannya, Dyson menjual kipas, pemanas, dan pembersih udara secara berasingan. Tetapi kali ini mereka telah menggabungkan ketiga-tiga fungsi tersebut menjadi sebuah alat yang hebat.



Dyson Pure Hot+Cool Link menyerupai Pure Cool Link yang dikeluarkan awal tahun ini. Ia bercirikan kipas tanpa bilah, penapis udara HEPA untuk sistem pembersihan, dan ia boleh dikawal dari telefon pintar menerusi aplikasi Link.










Kini dengan fungsi pemanas yang ditambah, ia bagaikan alat all-in-one untuk sistem pengudaraan rumah anda. Pure Hot + Cool Link boleh di beli secara atas talian bermula pada 6 September ini dan akan mula dijual di kedai pada 18 September. Harga yang ditawarkan adalah $ 599, $100 lebih mahal berbanding Pure Cool Link.