Kini Viber Pula Memperlihatkan Ciri Seakan Snapchat Yang Dinamakan 'Secret Chat'

Viber baru-baru ini telah melancarkan versi baru untuk platform IOS dan Android, dan mereka datang dengan ciri baru dipanggil Secret Chat. Walau bagaimanapun, ciri baru ini mungkin tidak mata kita kerana ianya menyerupai fungsi yang dibawa oleh Snapchat. Kita juga dapat lihat ciri yang sama diketengahkan oleh Instagram (Stories), Facebook, dan baru-baru ini di FB Messenger dan juga WhatsApp.

HiddenChatsPR

Laman berita teknologi iaitu TechCrunch menunjukkan bagaimana ciri baru pada aplikasi Viber ini mempunyai konsep yang sama yang menggunakan konsep self-destructive sebijik seperti Snapchat. Ia juga dikatakan telah menggunakan ciri alert yang sama apabila si penonton mengambil screenshot daripada mesej video ang dikirimkan.

Melalui Secret Chat, pengguna dapat menghantar mesej, gambar dan video kepada kenalan mereka yang akan hilang selepas beberapa saat bergantung kepada masa yang ditetapkan oleh pengguna. Ada lagi ke yang guna Viber?.

Sumber