Kini Log Masuk Skype Memudahkan Anda Mengakses Servis Microsoft Yang Lain





Microsoft kini bakal memudahkan pengguna dengan mengambil langkah menggabungkan log masuk Skype dengan perkhidmatan lain dari syarikat itu. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan Skype menerusi log masuk akaun Microsoft. Sebelum ini, pengguna mempunyai log masuk yang berasingan untuk servis yang mereka gunakan. Terbaru, pengguna hanya perlu menggunakan nama Skype mereka dan mampu mengakses servis seperti Xbox, Office dan juga OneDrive.



Baru-baru ini mungkin ada diantara anda yang  perasan Microsoft membawa sedikit kelainan terhadap perisian Skype. Dimulakan dengan kejayaan mengubah Skype dari sebuah perisian peer- to-peer kepada sebuah perisian mesra mudah alih dengan infrastruktur awan hasil kerjasama dengan Azure. Microsoft mengambil langkah bijak dengan mengadakan satu log masuk untuk kesemua servis keluaran mereka. Pengguna tidak perlu lagi pening kepala untuk menghafal semua informasi log masuk yang berlainan kerana mereka boleh mengakses melalui akaun Microsoft sahaja.



Antara sebab mengapa Microsoft membuat perubahan ini adalah kerana jika pengguna terlupa nama skype, mereka boleh menggunakan kata laluan yang sama mereka gunakan untuk log masuk ke akaun OneDrive. Ini bermakna akaun boleh diperolehi semula dengan lebih mudah. Sebelum ini, kebanyakkan pengguna yang gagal untuk log masuk ke akaun Skype akan berputus asa dan terus membuat akaun Skype yang baru.



Walaupun mempunyai sistem log masuk yang baru, pengguna masih boleh mengguna pakai sistem log masuk yang lama tetapi harus menggunakan emel jika mahu mengakses semua servis dari Microsoft. Untuk kekal up-to-date dengan ciri Skype yang terbaru pastikan anda memasang versi terbaru perisian itu pada peranti anda.



Sumber: WinBeta