Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kini Giliran Mark Zuckerberg Untuk Bercakap Pasal Isu Fitnah

Posted on April 19, 2017

Apabila Mark Zuckerberg membina Facebook sebagai pelajar tahun kedua di Harvard 13 tahun dulu, beliau mungkin tidak terfikir yang laman sosialnya akan digunakan bagi membentuk salah satu pilihanraya yang agak sensasi dalam sejarah US.

Tapi itu yang berlaku apabila Donald Trump menang pada November.

Pengkritik beliau mengatakan penggunaan artikel palsu terhadap Hillary Clinton di Facebook telah menyebelahi Trump dalam pilihanraya itu.

2 hari kemudian, Zuckerberg diminta memberi pandangan terhadap kontroversi itu.

Beliau menganggap perkara itu idea yang gila.

Zuckerberg pada minggu lepas telah berikrar Facebook akan cuba membendung trend berita palsu daripada tersebar di platform media sosial itu.

Facebook akan menggunakan algoritma yang baru bagi mengesan berita-berita palsu itu.

Cabaran itu akan diperkatakan pada F8, persidangan pembangun tahunan Facebook di San Jose, California.

Facebook berada pada satu tahap yang terpenting dalam sejarah organisasi mereka kerana kontroversi seperti ini boleh mencacatkan perkembangan gergasi laman sosial itu.

Tahun lepas, organisasi itu membuat jualan iklan sebanyak RM 118 Bilion.

Facebook dan Facebook Messenger merupakan 2 aplikasi yang popular untuk telefon pintar di US mengikut laporan ComScore.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress