Kini Anda Mampu Menghantar Video GIFs di Aplikasi WhatsApp







Nampaknya sejurus selepas anda kemaskini aplikasi WhatsApp, dana mampu menghatar video di dalam bentuk animasi GIFs tanpa perlu root peranti anda .



Penggunaan animasi GIFs kini menjadi semakin popular di media sosial seperti Facebook dan Twitter yang membenarkan pengguna berkomunikasi menggunakan GIFs.



Walaupun sebelum ini pengguna juga mampu menghantar GIFs selepas root peranti anda, namun untuk sesetengah pengguna, rooting agak menyusahkan dan ia akan mematikan warranty telefon pintar and. Kini pengguna tidak perlu bimbang kerana selepas ini WhatsApp akan datang dengan versi beta terbaru yang akan membenarkan pengguna mengunakan GIFs tanpa perlu root.







Untuk menggunakan GIFs anda perlu kemaskini aplikasi WhatsApp anda kepada versi WhatsApp terbaru 2.16.244 beta.



  • Buka perbualanan anda di WhatsApp

  • Tekan ikon klip kertas

  • Pilih Camera dan rekod video

  • Selepas anda rekod video, tekan OK

  • Sekarang anda boleh sunting video anda.Video anda haruslah pendek dari 6 saat.

  • Tekan ikon camcoder di atas sebelah kanan dan anda akan dapat melihat ikon GIF

  • Tekan hantar !


Jika anda ingin menghantar GIF dengan menggunakan video lama, anda hanya perlu tekan fail tersebut dan ikut langkah yang sama.