Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kini Anda Lebih Mudah Cari Tempat Pelancongan Di Malaysia

Kini Anda Lebih Mudah Cari Tempat Pelancongan Di Malaysia

Diterbitkan April 21, 2021 · Dikemas kini April 21, 2021 oleh Wiser MY

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) memperkenalkan laman pelancongan digital baharu, Interactive Digital Brochures semalam.

Laman digital baharu ini bertujuan memberi pengalaman lebih menarik dan interaktif kepada pengguna semasa mencari maklumat pelancongan didalam negara.

Menurut menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, laman digital ini lebih mudah diakses gajet seperti telefon bimbit. Ditambah dengan elemen-elemen grafik, animasi, dan video untuk penyampaian maklumat lebih efektif.

Disamping itu, kandungannya kini boleh dikongsi ke aplikasi sosial media yang lain. Pengguna sudah tidak perlu lagi memuat turun dan cetak brosur berformat pdf seperti dulu kala.

Antara matlamat utama pengenalan laman baharu ini adalah untuk mencapai konsep digitalisasi dalam Dasar Pelancongan Negara 2020-2030.

Beliau juga menyeru rakyat untuk menggunakan laman interaktif ini untuk mendapat maklumat mengenai percutian dan SOP ketika melancong dalam situasi pandemik ini.

Boleh akses Interactive Digital Brochures disini.

Sumber: Bernama

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY