Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) telah memaklumkan bahawa para pemilik kenderaan boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka di Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM bermula 1 September 2021.
Kategori kenderaan yang boleh memperbaharui cukai jalan di PUSPAKOM adalah Kenderaan Perdagangan Decontrolled 7,500 kg ke bawah (tidak termasuk kenderaan berpermit seperti bas sekolah, teksi dan lain-lain) serta Kenderaan Persendirian sahaja.
Motosikal dan e-hailing tidak boleh tidak boleh memperbaharui cukai jalan di PUSPAKOM buat masa ini.
Tetapi dari semakan di laman temujanji tersebut, pemilik kenderaan e-hailing dan motorsikal hanya akan boleh membuat temujanji memperbaharui cukai jalan di PUSPAKOM dalam bulan Oktober nanti.
Seperti biasa, anda perlu membuat tempahan temu janji terlebih dahulu sebelum hadir ke PUSPAKOM.
Temujanji boleh dibuat menerusi portal https://lkm-appointment.puspakom.com.my.
Temujanji memperbaharui cukai jalan di PUSPAKOM tidak boleh dibuat melalui aplikasi MYPUSPAKOM kerana aplikasi tersebut khusus untuk temujanji pemeriksaan kenderaan sahaja.
Sumber: FB Puspakom Sdn. Bhd