Kini Anda Boleh Membuat Panggilan Video Menggunakan WhatsApp

Aplikasi WhatsApp yang dimiliki oleh Facebook ini telah mengumumkan mereka akan tampil dengan fungsi panggilan video dan akan mula disebarkan kepada pengguna mengikut peringkat. Berita ini juga secara kebetulan sama hari dengan Skype mengumumkan aplikasi mereka boleh digunakan tanpa perlu pendaftaran. Fungsi panggilan video dari WhatsApp ini akan muncul untuk peranti iOS, Android dan Window.

whatsapp_video_ta-1-1024x768-800x600

Mengikut laporan, sebanyak 1 bilion pengguna yang menggunakan aplikasi mesej ini setiap bulan. Fungsi panggilan suara pertama dilancarkan pada April 2015. Untuk kemaskini terbaru dari WhatsApp ini, pengguna akan diberi pilihan samada membuat panggilan video atau panggilan suara. Menurut Jurutera IT WhatsApp, Manpreet Sigh "Kami tidak mahu menambah filter yang berlebihan pada aplikasi WhatsApp, kami mahukan aplikasi WhatsApp sebagai aplikasi yang ringkas, ringan dan pantas".

 

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=z37QI8uTjU4[/embed]

 

 

 

 

 

 

Berkaitan