Kini Anda Boleh Membeli Belah Terus Dari Aplikasi Instagram

Media sosial Instagram kini meluaskan fungsi aplikasi tersebut dengan membenarkan pedagang untuk menambah tag membeli-belah ke dalam kiriman mereka. Fungsi tag tersebut boleh diletakkan di dalam ciri Stories, kiriman gambar atau video yang hilang dalam tempoh 24 jam.

Tambah Instagram, sebanyak 300 juta pengguna melihat kiriman Stories setiap hari dan kebanyakkan mereka sentiasa mengikuti jenama yang menarik minat mereka.

Fungsi ini diimport oleh Instagram dari Facebook yang membolehkan pengguna membeli terus produk atau barangan yang dilihat mereka dari wall pengguna. Dengan sambutan hambar dari pengguna, fungsi tersebut telah ditutup selepas setahun beroperasi.



Kini Instagram pula mencuba fungsi tersebut bagi meningkatkan lagi nilai pemasaran platform tersebut di samping meningkatkan lagi pendapatan kumpulan tersebut.