Kini Anda Boleh Guna Servis Uber Melalui Google Maps

Baru-baru ini telah diumumkan kerjasama antara Google Maps dan Uber. Pengguna boleh menggunakan Google Maps untuk menetapkan lokasi atau destinasi tujuan dan terus memilih untuk pautkan ke aplikasi Uber. Google juga telah mengesahkan kerjasama Google Maps dan Uber ini boleh didapati di Android dan iOS.

google_maps_uber_integration_1484292527033

Yang menarik tentang ciri terbaru di Google Maps ini adalah, pengguna boleh terus memilih untuk menggunakan Uber walaupun tidak mempunyai aplikasi Uber di dalam peranti mereka. Seperti biasa, pengguna perlu mendaftar masuk terlebih dahulu atau daftar akaun baru di aplikasi Uber.

Google juga berkata, fungsi Uber didalam Google Maps membolehkan pengguna mengesan lokasi dan berkomunikasi dengan pemandu. Ini bermakna pengguna boleh memilih pemandu Uber yang telah dikenali, ciri yang sama dapat kita lihat untuk aplikasi Grab Car. Ciri terbaru ini bakal diperkenalkan ke seluruh dunia dalam masa terdekat ini.

Sumber:Engadget, Gadget 360, The Verge