Kini Ada Aplikasi Yang Boleh 'Tunjukkan' Wajah Seseorang Itu Tanpa Mekap

Kalau satu ketika dahulu ada aplikasi yang boleh mengubah wajah seseorang dari muda kepada tua, kini timbul pula aplikasi yang bakal merunsingkan wanita-wanita di seluruh dunia - aplikasi yang boleh menunjukkan muka seseorang itu tanpa mekap.

Aplikasi bernama MakeApp itu sudah berjaya 'merungkai' wajah tanpa mekap beberapa selebriti popular barat seperti Taylor Swift dan Beyonce dan hasilnya agak tidak mengecewakan. Malah aplikasi itu turut 'menanggalkan mekap' di muka Donald Trump.





 



 



Aplikasi hiburan itu dicipta oleh Magic Unicorn Inc. dan dipopularkan orang ramai dengan #makeapp di media sosial.