Kingston Perkenalkan HyperX Savage EXO & HyperX Fury RGB

Kingston sebagai pembuat cip memori terkenal kini memperkenalkan 2 produk tebaru, HyperX Savage EXO dan HyperX Fury RGB. Kedua-dua produk ini adalah berasaskan SSD dengan mempunyai kelainan yang berbeza.

HyperX Savage EXO adalah SSD mudah alih dan bersaiz kompak. Dengan berat sebanyak 56g, HyperX Savage EXO boleh diletakkan di dalam kocek seluar dan boleh dibawa ke mana-mana.





Menggunakan sambungan USB 3.1 gen 2, ia hadir dengan kapasiti sebanyak 480GB dan 960GB. Kedua-dua kapasiti ini menawarkan kelajuan membaca sehingga 550MB/s dan kelajuan menulis sehingga 400MB/s.



HyperX Fury  RGB pula adalah SSD dalaman yang menampilkan lampu LED RGB di bahagian atas produk tersebut. Dijual dalam dua pakej; pakej biasa mempunyai cakera itu sendiri manakala pakej bundle menawarkan cakera bersama perumah 2.5-inci ke 3.5-inci, perumah mudah alih, kabel USB dan pemutar skru pelbagai guna.



HyperX Fury X RGB ini menawarkan I/O SATA 6Gbps, SATA power dan juga micro USB yang membolehkan cakera ini digunakan sebagai SSD mudah alih. Kapasiti yang ditawarkan adalah 240GB, 480GB dan juga 960GB. Kelajuan membaca pula adalah sehingga 550MB/s dan 480MB/s untuk menulis.

Kingston tidak mendedahkan lagi harga yang ditawarkan untuk kedua-dua produk ini.