Kingmax Perkenal SSD Mudah Alih KE31, Ruang Storan Sehingga 960GB

Syarikat pengeluar produk berasaskan memori, Kingmax Technology Inc., telah memperkenalkan sebuah lagi memori SSD mudah alih, KE31.

Menyasarkan kepada pasaran peranti memori mudah alih yang semakin mendapat permintaan, ia dibangunkan untuk memenuhi keperluan pengguna yang mahukan memori mereka dibawa kemana-mana sahaja.



Hanya seberat 35gram ia mampu membuat pemindahan data pada kadar 400/390MB/s yang mana ia 5 kali lebih laju daripada cakera keras biasa.

KE31 mengaplikasikan teknologi SLC Caching untuk meningkatkan lagi kelajuan pemindahan data serta masa tindak balas sistem.

Ia juga menyokong teknologi LDPC Error Correction Code untuk mengelakkan ralat read/write untuk menjamin integriti data dan pelindungan yang lebih baik daripada kerosakan data.



Boleh digunakan pada komputer mej serta komputer riba yang menjalankan sistem operasi Windows, Mac, dan Linux tanpa memerlukan sebarang driver. KE31 turut menyokong penggunaan pada konsol seperti Xbox dan PS4. KE31 hadir dengan tiga pilihan storan iaitu 240GB, 480GB dan 960GB.

Mempunyai waranti sehingga 3 tahun penawaran untuk pasaran tempatan masih belum dapat dipastikan lagi.

Sumber: Kingmax

 

Berkaitan