Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kilang ORCA

Inilah Kilang Terbesar Di Dunia Menyedut Karbon Dioksida Dan Menukarkannya Kepada Batu

Diterbitkan September 9, 2021 ยท Dikemas kini Julai 23, 2022 oleh ariff bukhari

Sebuah kilang terbesar di dunia yang dibangunkan hanya untuk tujuan menyerap karbon dioksida yang terkandung di dalam atmosfera telah pun dilancarkan pada September 2021 lalu.

Kilang yang pertama seumpanya itu dibina di Hellisheidi, Iceland yang dibangunkan oleh Climeworks AG dari Switzerland. Ia turut mendapat sokongan daripada gergasi teknologi Microsoft Corp., Swiss Re dan beberapa lagi syarikat korporat utama.

Dinamakan sebagai ‘Orca’ atau bermaksud ‘tenaga’, kilang itu mampu menarik keluar sehingga 4,000 tan metrik karbon dioksida dari udara setiap tahun dan berupaya menukarkannya kepada batu-batuan.

Inilah Kilang Terbesar Di Dunia Menyedut Karbon Dioksida Dan Menukarkannya Kepada Batu

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh ‘The Intergovernmental Panel on Climate Change‘, dunia perlu mengeluarkan sejumlah 100 bilion atau 1 trilion tan karbon dari atmosfera di penghujung abad ini untuk mengelakkan kesan pemanasan global yang lebih teruk.

Walaupun pembinaan kilang sebegini menerima maklum balas positif dari para saintis dan pelabur, tetapi sehingga kini ia masih belum jelas sama ada cara ini adalah kos yang paling efektif bagi membuang karbon dari atmosfera untuk jangka masa panjang.

Sumber: ClimeWorks, GIZMODO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY