Kilang Pemasangan Konsol PS4 Hanya Mempunyai 4 Orang Pekerja Sahaja

Kilang tersebut beroperasi hampir sepenuhnya menggunakan robot.


Sebuah kilang di Jepun milik Sony bagi memasang konsol permainan PlayStation4 (PS4) dilaporkan hanya memerlukan 4 orang pekerja sahaja.

Menurut laporan oleh Nikkei Asian Review, 4 orang pekerja itu hanya bertugas sebagai penyedia papan litar yang melibatkan 2 orang pekerja dan 2 orang lagi menguruskan bahagian pembungkusan.

Proses-proses utama kerja pemasangan konsol itu pula dilakukan sepenuhnya oleh robot. Malah kerja-kerja pemasangan bagi menyiapkan seunit PS4 siap dipasang hanya mengambil masa selama 30 saat sahaja, menurut laporan itu.

One of the plant’s crowning achievements is the use of robots to attach wires, tape and other flexible parts to the consoles. Twenty-six out of 32 robots at the Kisarazu plant are dedicated to the task, deftly handling materials most robots would find too finicky.” Nikkei Asian Review

Konsol permainan generasi terbaru Sony iaitu PS5 dijangka akan tiba tidak lama lagi. Tapi tidak pula diketahui sama ada proses kerja pemasangan PS5 adalah sama dengan konsol PS4 yang hanya menggunakan robot untuk memasang sepenuhnya konsol tersebut.

Sumber: VG247

Berkaitan