Dengan pembukaan kilang untuk kembali semula beroperasi, ia menimbulkan pertanyaan. Seberapa banyakkah permintaan iPhone yang diperlukan buat masa ini? Umum mengetahui masih ramai lagi negara yang sedang bergelut dengan pandemik ini. Ditambah lagi dengan perintah berkurung dikenakan dalam negara masing-masing serta penduduk yang terpaksa berjimat cermat dalam kegawatan ekonomi ini, Apple sendiri pun masih berkira-kira dengan bilangan permintaan untuk peranti iPhone di seluruh dunia.
Menurut Apple, permintaan alat pembekal elektronik berkemungkinan terpaksa diturunkan kepada 18 peratus berbanding tahun lepas. Fokus mereka adalah untuk menunggu permintaan dari negara AS dan juga Eropah. Namun dengan kes Covid-19 yang semakin meningkat pada negara-negara berkenaan, sudah tentu permintaan iPhone bukan keutaaman penduduk mereka buat masa ini.
Ada di antara syarikat yang membekal alat elektronik dikilangkan dari negara seperti Malaysia dan Vietnam. Jika rantaian pembekal dilumpuhkan oleh negara-negara ini dengan pertambahan kes yang semakin meningkat, nampaknya Apple mungkin terpaksa menunggu beberapa bulan lagi agar keadaan kembali reda seperti sebelumnya.
Sumber: Reuters
Berkaitan
- Ketua Bahagian Sekuriti Apple Didakwa Merasuah 200 iPad Untuk Dapatkan Permit Senjata Api
- Apple Kini Bernilai 2 Trillion USD
- Komputer Apple Seterusnya Dijangka Akan Gunakan Cip AMD Ryzen Pula
- Apple A14 Diumumkan - Cip Pemprosesan Binaan 5nm Paling Berkuasa Dari Apple
- Sebanyak 220 Juta USD Telah Didermakan Apple Kepada (RED) Untuk Melawan Penyakit AIDS
- Apple Mahu Himpunkan Kesemua Perkhidmatan Berbayar Dalam Satu Bentuk Langganan 'Apple One'
- Margaret Keenan, 90 Tahun, Manusia Pertama Terima Vaksin Pfizer Covid-19 Di UK
- Laporan Gartner: Xiaomi Satu-Satunya Jenama Yang Berjaya Tingkatkan Jualan Ketika Covid-19
- Imej Tular Ini Dikatakan Cip 5G Tersembunyi Dalam Vaksin Covid-19
- Apple One - Langganan Himpunan Perkhidmatan Apple Bermula RM19.90 Sebulan