[Khabar Angin] Adakah iPhone 8 Akan Dilengkapi Dengan Sistem 3D Laser?

Seperti yang kita tunggu-tunggu, iPhone tidak lama lagi akan memperkenalkan flagship terbaru mereka, dijangka pada bulan September ini.

Telefon yang mungkin diberi nama "iPhone 8" ini dikhabarkan akan dimuatkan dengan sistem 3D laser dalam menghasilkan prestasi autofokus yang lebih dasyat dan implementasi sokongan ciri VR, mengikut satu laporan dari MacRumours.

Sistem ini dinamakan VCSEL (Vertical-Cavity Surface-Emitting laser) dijalankan bersama dengan dwi-lensa di tetapan kamera utama. Sistem VCSEL ini beroperasi dengan mengira jarak cahaya dari sensor ke objek.

Sumber:ibtimes.com, 9to5mac.com