(Khabar Angin) Xiaomi Blackshark Max, Kapasiti Bateri 6500mAh Dan RAM 10GB

*Kemaskini - Berdasarkan beberapa komen daripada pembaca di Facebook, khabar angin yang dikutip daripada laman Price Pony ini  bukanlah satu sumber yang boleh dipercayai. Oleh itu bacalah berita ini dengan senyuman sinis.

Pasaran telefon pintar kini semakin rancak menerima kedatangan peranti yang memfokuskan terhadap permainan.

Dimulakan dengan Razer Phone, diikuti pula dengan Xiaomi Black Shark, Asus ROG dan Honor Play.

Terbaru, satu khabar angin mula kedengaran mengatakan Xiaomi akan hadir dengan sebuah model yang lebih baik daripada Xiaomi Black Shark.

Disebut sebagai Xiaomi Black Shark Max, ia dikhabarkan datang dengan kelengkapan yang berkuasa tinggi seperti bateri berkapasiti 6500mAh beserta memori RAM 10GB.

Spesifikasi lain adalah skrin IPS LCD berukuran 6.5 inci dengan sokongan resolusi 4K, cip Snapdragon 845 dan ruang storan 128GB/256GB yang boleh ditambah sehingga 512GB melalui kad MikroSD.

Sistem kamera utama belakang menggunapakai dwi lensa 20MP dan bahagian hadapan diletakkan sensor 16MP. Peranti ini juga mungkin hadir seawal 2019. Buat masa sekarang ia hanyalah khabar angin dan mari sama-sama kita nantikan perkhabaran sebenar kelak.

Sumber: Price Pony