Khabar Angin Tentang Spesifikasi Samsung Galaxy Note 10 Lite

Galaxy Note 10 Lite mungkin akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Exynos 9810.


Sebelum ini telah dilaporkan tentang Samsung Galaxy S10 Lite yang dikhabarkan akan dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 855.

Kali ini adalah berkaitan dengan khabar angin satu lagi peranti Samsung yang dikatakan akan muncul tidak lama lagi iaitu Galaxy Note 10 Lite.

Ia berdasarkan kepada pendedahan terbaru tentang peranti tersebut yang didapati tersenarai di laman Geekbench menggunakan kod Samsung SM-N770F.



Berbeza daripada model Samsung Galaxy S10 Lite, Galaxy Note 10 Lite dikhabarkan akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Exynos 9810. Malah kapasiti RAM nya juga adalah lebih rendah iaitu 6GB RAM sahaja.

Jadi tidak hairanlah skor geekbench yang dicapai peranti ini adalah sedikit rendah berbanding Samsung Galaxy S10 Lite.

Selain itu, turut didedahkan adalah Galaxy Note 10 Lite akan dilengkapi dengan kamera hadapan 32MP dan 12MP kamera bersudut lebar.

Sistem operasinya pula akan tersedia dipasang dengan versi Android 10 berplatfomkan OneUI 2.0.

Buat masa ini, hanya sedikit info sahaja yang diketahui bagi model terbaru peranti pintar Samsung ini. Samsung juga masih belum mengumumkan bilakah ia akan mula diperkenalkan dan dipasarkan bagi ditawarkan kepada pengguna.

Sumber: Droidshout