Khabar Angin Spesifikasi Kamera Yang Mungkin Dibawa iPhone 13

Belum pun penuh tabung anda untuk membeli iPhone 11, belum pun sempat Apple mengumumkan tarikh rasmi pelancaran iPhone 12, kini internet sudah mula bercerita mengenai iPhone 13.

Menerusi ciapan @choco_bit, Apple mungkin hadir dengan kuad kamera belakang bagi keluaran iPhone tahun 2021. Kombinasi kamera yang digembar-gemburkan adalah lensa 64MP dengan keupayaan 6x zoom digital, kamera 40MP telefoto dengan 3x-5x zoom optikal sementara zoom digital dari 15x-20x.



Selain itu, dikatakan juga sebuah lensa anamorfik 64MP (kebiasaannya digunakan dalam pembikinan filem) serta lensa ultra lebar 40MP. Ciapan tersebut turut menyatakan penggunaan sensor LiDAR 4.0.

Sebelum ini, kita sedia mendengar khabar angin mengenai penyertaan sensor LiDAR pada iPhone 12 Pro. Sensor ini pertama kali diperkenalkan pada iPad Pro 2020 dimana ia berfungsi untuk mengesan jarak serta objek untuk kegunaan realiti terimbuh (AR).

Terlalu awal bagi kita untuk menelan bulat-bulat spesifikasi yang diciapkan itu, dimana penawaran spesifikasi iPhone 12 pun masih samar-samar lagi.

Sumber: @choco_bit via Ubergizmo