Khabar Angin - Samsung Bakal Melengkapkan Galaxy Note 9 Dengan Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin Paparan

Umum sudah mengetahui bahawa Samsung sudah lama bercita-cita mahu melengkapkan telefon pintar mereka dengan teknologi pengimbas cap jari terbina pada paparan telefon pintar. Ramai yang menjangkakan ia akan hadir pada Galaxy Note 8, tetapi nampaknya perkara itu tidak akan berlaku.

Menurut satu laporan dari penganalisis KGI Securities, Ming Chi Kuo, beliau berpendapat fungsi terbabit bakal diperkenalkan Samsung pada model Galaxy Note 9 yang mungkin dikeluarkan tahun hadapan.

Kuo turut mendakwa Samsung bakal menggantikan pembekal biometrik, Synaptics kepada Egis bagi pengeluaran Galaxy Note 9 kelak. Laman Trusted Reviews pula menyatakan Samsung sudahpun melakukan tempahan skrin paparan infiniti melengkung bersaiz 5.8 inci dan 6.2 inci, dipercayai akan dipasang pada model Galaxy S9 dan S9 Plus.

Sumber: Trusted Reviews