Khabar Angin - Pengeluaran Samsung S8 Mini Mungkin Dibatalkan Atas Alasan Masalah Pengeluaran Skrin Paparan

Selain daripada model Galaxy S8 dan juga S8 Plus, Samsung turut dilapor ingin mengeluarkan sebuah model iaitu Samsung Galaxy S8 Mini.

Ura-ura mengatakan bahawa Galaxy S8 Mini akan tampil dengan

  • Skrin paparan 5.3 inci tanpa bezel

  • Storan dalaman 64GB

  • Kamera 12 megapiksel dengan sokongan pengimbas iris

  • Cip pemproses 4-teras Snapdragon 821

  • Slot MikroSD untuk storan tambahan


Tetapi, kali ini timbul pula khabar angin lain mengatakan bahawa model mini bagi siri S8 tersebut tidak akan dipasarkan.

Samsung membatalkan rancangan untuk mengeluarkan Galaxy S8 Mini adalah kerana, syarikat itu berhadapan dengan beberapa masalah, termasuklah masalah pengeluaran panel paparan.

Melihat kepada model Mini terdahulu yang kurang mendapat sambutan, Samsung beranggapan orang ramai mungkin tidak menggemarinya.

Rasa-rasanya pengguna sekarang memilih untuk memiliki peranti dengan skrin paparan yang lebih luas, seperti 5.5 inci dan keatas.

Sumber: Next Power Up