(Khabar Angin) Nokia Lancarkan Telefon Flagship Bulan Jun Ini

Tahun 2017 merupakan satu tahun yang bermakna bagi legenda telefon, Nokia.

Setelah sekian lama menyepi, mereka muncul pada acara MWC 2017 bulan lalu dan turut melancarkan 3 buah telefon baru.

Nokia 3, Nokia 5 dan juga telefon yang diberi nafas baru, Nokia 3310 sudah pun dipasarkan, tetapi kini mula timbul khabar angin bahawa syarikat itu bakal menghasilkan telefon flagship.

Sebelum ini kedengaran desas-desus sebuah telefon dengan label Nokia P1 bakal dikeluarkan.

Dipercayai model flagship tersebut akan menggunakan nama Nokia 8 dan ini menampakkan kesungguhan syarikat berpengkalan dari Finland itu untuk bersaing dengan nama-nama besar lain seperti Samsung, Apple, Sony dan banyak lagi.

Selain itu, turut dikhabarkan peranti ini akan dilengkapi dengan cip pemproses terbaru dari Qualcomm, iaitu Snapdragon 835.

Sesuai dengan gelaran flagship sudah tentu RAM yang digunakan sekurang-kurangnya 4GB ataupun 6GB.

Ia mungkin hadir dengan sokonga VR, dan kamera utama 23 Megapiksel serta rekaan luaran telefon yang diperbuat daripada besi.

Ura-ura turut menyatakan bahawa peranti flagship Nokia dipasarkan dalam lingkungan ~RM 2500.

Mari sama-sama kita nantikan sama ada khabar angin ini menjadi realiti atau berlalu sepi.

Sumber: Pricepony