Khabar Angin Mengenai Cip Intel Core-i9 Yang Tertiris

Beberapa minggu lepas, Intel telah mengeluarkan beberapa dokumen di laman sesawang mereka yang merujuk kepada beberapa cip pemprosesan generasi ke-9 mereka. Antara yang disebut adalah cip 4 teras/ 4 bebenang Core i3-9000 dan 6 teras/ 6 bebenang Core i5-9600K. Yang menarik perhatian pula adalah cip 8 teras yang tidak disenaraikan tetapi rancak diperkatakan oleh pemerhati industri mengenainya.

Coolaler, sebuah forum di laman sesawang China telah mendedahkan beberapa cip pemprosesan Intel generasi ke-9. Salah satunya adalah cip Core i9-9900K dengan 8 teras/ 16 bebenang yang jika menjadi kenyataan, akan menjadi cip pertama dari Intel yang menggunakan 8 teras untuk kelas arus perdana.

Jika mengikut bebenang di forum tersebut, cip Core i9-9900K tersebut akan mempunyai clockspeed asas sebanyak 3.6GHz dan boleh ditingkatkan sehingga 5GHz secara teras tunggal dan 4.7GHz untuk semua teras. Ia juga datang dengan memori 16MB untuk L3 cache dan 95W TDP. Jika benar, prestasi yang dihasilkan cip ini adalah mengkagumkan jika dibandingkan dengan cip ulang tahun Core i7-8086K.

Intel Core-i7 8086K: Sambutan Ulang Tahun Cip Dengan Senibina X86



Tidak dipastikan bila Intel akan mengumumkan pelancaran cip pemprosesan generasi ke-9 mereka tetapi dengan pengeluar papan induk sedang mengemaskini produk mereka, tarikh tersebut mungkin sudah hampir.

Sumber: PC Gamer, Intel