Khabar Angin - Huawei Mate 10 Pro Mungkin Hadir Dengan Lensa f/1.6

Pelbagai khabar angin sudah mula kedengaran berkenaan model Mate 10 dari Huawei, dan yang terbaru adalah melibatkan lensa kamera peranti tersebut.

Difahamkan peranti dengan nama kod Blanc akan dilengkapkan bersama lensa bukaan (aperture) f/1.6 bagi sistem dwi kamera 20 MP dan 12 MP. Sebagaimana yang kita tahu, satu-satunya telefon pintar yang mempunyai lensa bukaan f/1.6 adalah LG V30 yang dilancar secara rasmi pada Penghujung Ogos lalu.

https://twitter.com/evleaks/status/901830973574275072?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=https%3A%2F%2Fventurebeat.com%2F2017%2F09%2F08%2Fhuawei-mate-10-alps-and-blanc-variants-detailed%2F

Informasi ini yang diperoleh daripada Evan Blass, Blogger terkenal dari Amerika Syarikat, turut menyatakan bahawa lensa yang akan digunakan Mate 10 Pro akan setanding dengan apa yang ditawarkan pada LG V30.

Pelancaran siri Mate 10 dijangka akan berlangsung pada 16 Oktober bertempat di bandaraya Munich dan Huawei dikatakan bakal memperkenalkan 3 siri Mate 10 pada acara itu.

Antara 3 model tersebut adalah Mate 10 (Marcel), Mate 10 Pro (Blanc), Mate 10 Lite (Alps). Diantara ketiga-tiga siri ini, yang menjadi tumpuan pastinya model Blanc yang dikuasakan dengan cip pemproses terbaru, Kirin 970 disertakan dengan 6 GB RAM dan pilihan storan dalaman 64GB ataupun 128GB.

Sumber: Evan Blass