Khabar Angin Galaxy S9 Yang Akan Meniru iPhone X Sudah Kedengaran

Jika sebelum ini, khabar angin mengenai peranti telefon pintar iPhone X yang akan menampilkan ciri sensor pengecaman cap jari di dalam skrin paparan membuatkan pemerhati teknologi menjangkakan yang Samsung juga akan menampilkan teknologi sama untuk peranti telefon pintar utama mereka.

iPhone X membuat kemunculan dengan memperkenalkan ciri 'Face ID' menggantikan ciri 'Touch ID' yang sebelum ini digunakan untuk peranti telefon pintar iPhone. Samsung mungkin akan meneruskan niat asal mereka itu namun mungkin menjadi kenyataan untuk peranti Note 9 mereka.

Tambahan pula, banyak teknologi berdasarkan pembayaran atas talian telah mengintegrasi teknologi pengecaman cap jari Samsung.

Samsung juga mungkin akan melihat kepada teknologi pengecaman wajah yang terdapat dalam peranti iPhone X dan cuba membangunkan sistem pengecaman wajah yang lebih canggih bagi menandingi peranti telefon pintar terbaru dari Apple tersebut.

Sumber