Khabar Angin Awal Mengenai Spesifikasi iPhone 2019

Sedikit mengejutkan apabila timbul ura-ura Apple mahu mengadaptasi tiga kamera pada bahagian belakang iPhone 2019 dengan susun atur yang agak berterabur.

Kemudian, menyusul satu lagi khabar angin yang dikongsikan oleh @OnLeaks dan CompareRaja, menunjukkan sedikit rupa bentuk serta spesifikasi awal iPhone keluaran tahun ini.



Ia menyatakan iPhone 2019 masih kekal dengan penggunaan port Lightning dan bukannya USB-C seperti yang diwarkan-warkan sebelum ini.

Selain itu, lensa kamera swafoto juga akan ditingkatkan daripada 7MP kepada 10 MP. Model dengan spesifikasi paling tinggi dikhabar akan menerima 3 kamera belakang, dua daripadanya adalah sensor 10MP+14MP.

Apple dipercayai akan beralih sepenuhnya kepada paparan OLED pada 2020 dan bagi tahun ini, salah satu model akan masih menggunakan paparan LCD.

Perlu diingatkan, ini hanya khabar angin awal dan sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut lain kelak.

Sumber: CompareRaja dan @OnLeaks