KFC Sediakan Pembayaran Maybank QRPay Di Restoran

Maybank dan KFC hari ini telah menjalinkan kerjasama bagi membawakan sistem pembayaran tanpa tunai melalui kod QR dirangkaian restoran popular itu.

MaybankQRPay pertama kali dilancarkan pada Disember tahun lalu, memberikan pilihan pembayaran tanpa tunai kepada pengguna.



Penawaran sistem bayaran ini selari dengan jangkaan Bank Negara mengenai Malaysia bakal menjadi sebuah masyarakat tanpa tunai menjelang 2020 kelak.

Sebelum itu, tahun ini KFC turut melancarkan kemudahan transaksi tanpa tunai di restoran dengan pilihan pembayaran digital menerusi kad kredit dan debit.

Buat masa sekarang, pembayaran digital Maybank QRPay telah dilancarkan di 11 buah restoran KFC iaitu di Puduraya, Pavillion 2, Bukit Bintang, KL Sentral, Mid Valley Megamall, KLIA2 Arrival dan Departure, Sunway Pyramid, Shah Alam Seksyen 7, The Curve dan VSQ.

Ia bakal diperluaskan lagi menjelang suku pertama tahun hadapan. Cara penggunaanya sangat mudah. Pengguna hanya membukan ciri QRPay pada aplikasi Maybank, pilih "Bayar" untuk menjana kod QR pada peranti mereka dan seterusnya diimbas oleh pengimbas restoran KFC.



Dibawah kerjasama ini, Maybank juga akan menyediakan keupayaan pembayaran QR melalui Alipay dan WeChat, bertujuan membolehkan pelawat China membuat bayaran di titik jualan KFC dalam negara.