Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google

Keuntungan Google Turun Berturut-Turut, Lebih RM9 Bilion Setakat Jun

Diterbitkan Julai 27, 2022 oleh Nadiah Ab

Syarikat induk Google, Alphabet, menyaksikan pendapatan syarikat turun secara berturut-turut untuk suku kedua tahun ini.

Alphabet berjaya menghasilkan sekitar $16 bilion (~RM71.3 bilion) keuntungan pada suku kedua 2022, kurang daripada $18.5 bilion (~RM82.5 bilion) dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Berdasarkan laporan pendapatan suku kedua 2022, peningkatan perbelanjaan boleh menjadi salah satu sebab, walaupun pendapatan yang diperoleh lebih banyak pada suku ini berbanding tahun lepas.

Dalam suku ini, pendapatan Alphabet tercapai hampir $69.7 bilion (~RM311 bilion), meningkat daripada $61.9 bilion (~RM276 bilion) tahun lepas.

Syarikat itu menjana pendapatan terutamanya melalui iklan “Google Search & other“, menghasilkan hampir $40.7 bilion (~RM181.5 bilion).

Cloud Google pula telah menghasilkan sekitar $6.2 bilion (~RM27.6 bilion), manakala pengiklanan YouTube menghasilkan sekitar $7.3 bilion (~RM32.6 bilion).

Walaupun jumlahnya besar, dikatakan pertumbuhan ini paling perlahan yang pernah dihadapi platform video Google dalam lebih dua tahun.

Sumber: Alphabet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY