Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi mi 9t

Pertumbuhan Xiaomi Di Malaysia Meningkat Kepada 113% Berbanding Tahun Lepas Untuk Suku Ketiga Tahun 2020

Diterbitkan November 11, 2020 · Dikemas kini November 11, 2020 oleh Meor Hasyim

Baru-baru ini Canalys telah berkongsi laporan mengenai jenama telefon pintar paling banyak digunakan oleh rakyat Malaysia untuk suku ketiga pada tahun 2020.

Laporan itu mendapati Samsung merupakan jenama yang paling banyak digunakan dengan 20% pegangan pasaran diikuti oleh OPPO dan juga vivo masing-masing dengan 17% dan 16%.

Apa yang paling menarik adalah jenama Xiaomi. Walaupun ia berada pada posisi keempat dalam carta, ketumbuhannya meningkat kepada 113% berbanding tahun lepas.

Pertumbuhan Xiaomi Di Malaysia Meningkat Kepada 113% Berbanding Tahun Lepas Untuk Suku Ketiga Tahun 2020

Sedangkan jenama lain seperti Samsung, OPPO, vivo, dan Huawei paling tinggi pun hanya mempunyai ketumbuhan sebanyak 31% sahaja.

Lebih-lebih lagi Xiaomi hanya mempunyai 4% perbezaaan pegangan pasaran berbanding Samsung yang berada pada posisi teratas.

Jika dilihat dari perspektif pasaran Asia Tenggara, realme pula mempunyai ketumbuhan paling tinggi dengan 113% walaupun Samsung masih memegang majoriti pasaran dengan 20%.

Pertumbuhan Xiaomi Di Malaysia Meningkat Kepada 113% Berbanding Tahun Lepas Untuk Suku Ketiga Tahun 2020

Ini adalah tidak mengejutkan dengan jenama realme ini sangat kukuh di negara seperti India dan juga China.

Melihatkan ketumbuhan jenama Xiaomi yang sangat pantas di Malaysia ini, mungkin dalam masa terdekat kita dapat melihat ia mampu menerajui pasaran tempatan mengalahkan jenama lain.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY