Ketua Pegawai Kewangan Huawei Dibebaskan Dengan Ikat Jamin RM30 Juta, Dilarang Keluar Dari Kanada

Masih lagi dengan konflik perdagangan US-China. Ketua Pegawai Kewangan Huawei, Meng Wanzhou yang ditahan di Kanada baru-baru ini telahpun dibebaskan dengan ikat jamin sejumlah CAD 10 juta(~RM30.17 juta) semalam.

CAD 7 juta daripada bayaran ikat jamin itu dipercayai telah dijelaskan secara tunai, namun masih berbaki CAD 3 juta(~RM6.03 juta) lagi. Bagaimanapun, beliau dilarang sama sekali untuk meninggalkan Kanada sehinggalah semuanya selesai.

Kapsyen: France24


Selain itu, Meng juga diarahkan untuk mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan, antaranya ialah perlu berada dibawah pengawasan sepenuh masa, menanggung kos pembayaran perlindungan, tinggal di rumah suaminya di Vancouver serta berada di rumah di antara jam 11 malam hingga 6 pagi setiap hari.

Beliau dituduh terlibat dalam beberapa urusan perniagaan dengan negara Iran. Ia juga dikatakan menjadi salah satu punca pertelingkahan di antara Huawei dengan kerajaan China sejak kebelakangan ini.

Pembebasan ini diharapkan akan dapat mengendurkan sedikit ketegangan di antara kedua-dua negara. Dalam laporan berbeza, Presiden Trump juga dikatakan bersedia untuk ikut campur dalam usaha menyelesaikan masalah ini.

 

Sumber: Engadget