Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tiktok nepal

Ketua Pegawai Keselamatan TikTok Undur Diri Di Kala Isu Privasi Sedang Hangat

Diterbitkan Julai 18, 2022 oleh Nadiah Ab

TikTok mengumumkan bahawa ketua pegawai keselamatan globalnya, Roland Cloutier, akan meletak jawatan pada 2 September ini.

Cloutier berkata dengan pengumuman terbaru TikTok tentang perubahan pengurusan data di Amerika Syarikat, tiba masa untuknya bertukar peranan kepada penasihat strategik, memfokuskan kepada program amanah dan keselamatan.

Pengumuman itu berikutan penelitian ByteDance, syarikat induk TikTok, yang semakin meningkat dalam mengendalikan data pengguna Amerika.

Jurutera ByteDance di China turut dilaporkan mempunyai akses kepada segalanya walaupun berulang kali diberi jaminan bahawa pasukan keselamatan yang berpangkalan di Amerika Syarikat berperanan dalam memutuskan siapa yang sepatutnya boleh mendapatkan data tentang pengguna tempatan.

Pesuruhjaya, Brendan Carr, bertindak balas secara terbuka dengan meminta Apple dan Google mengalih keluar aplikasi itu daripada gedung aplikasi mereka.

TikTok membalas dengan menerbitkan lebih banyak maklumat tentang cara mereka mengurus data tentang pengguna di Amerika.

Kini, syarikat itu berkata mereka merancang untuk membuat perubahan tambahan untuk menghilangkan kebimbangan ini.

Sumber: Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY