Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AIB Nvidia

Ketidakstabilan RTX 3080/3090: Nvidia Arahkan Pengguna Kemaskini ‘Driver’ Terbaru

Diterbitkan Oktober 2, 2020 · Dikemas kini Oktober 2, 2020 oleh Amsyar Latif

Sebagai tindak balas kepada laporan terbaru yang membuat spekulasi bahawa penggunaan kapasitor POSCAP pada kad grafik GeForce RTX 3080 boleh menyebabkan masalah kestabilan dan kerosakan, pihak Gigabyte mengeluarkan satu kenyataan bagi menjelaskan masalah tersebut.

gigabyte rtx 3080

Gigabyte dalam laporan mereka mengatakan bahawa ia adalah disebabkan kapasitor POSCAP secara bebas yang boleh menyebabkan kerosakan perkakasan.

Sama ada kad grafik stabil atau tidak, ia memerlukan penilaian komprehensif terhadap keseluruhan reka bentuk litar dan penyampaian kuasa.

Kad grafik GIGABYTE GeForce RTX 3080/3090 GAMING OC dan EAGLE OC menggunakan kapasitor SP-CAP berkualiti tinggi, ESR 470uF rendah, yang memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh NVIDIA dan memberikan kapasiti berjumlah 2820u dari segi kekuatan teras GPU, lebih tinggi daripada purata industri.

Selain itu, kos kapasitor SP-CAP tidak lebih rendah daripada MLCC. GIGABYTE sangat mementingkan integriti produk yang pastinya tidak mengurangkan kos dengan menggunakan bahan yang murah.

Berikutan dengan kes ini juga, Nvidia telah mengeluarkan kemas kini perisian mereka iaitu versi 456.55 pada 29 September 2020. Bagi pengguna kad grafik RTX 3080/3090, anda disarankan untuk mengemas kini perisian versi terbaru ini bagi memastikan prestasi yang dioptimumkan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY