Ketahui Sekiranya bateri Peranti Sudah Siap Di Caj

Kepada yang memiliki peranti pintar terkini, anda tidak perlu risau lagi sekiranya peranti anda akan terlebih caj walaupun meninggalkannya semalaman. Ini kerana ianya sudah dilengkapi dengan sensor yang bertindak sebagai "Auto Stop" sekiranya peranti sudah siap di caj.

Namun untuk peranti lama ataupun yang tidak dilengkapi dengan fungsi tersebut, anda tidak perlu risau kerana terdapat satu cara yang boleh digunakan agar anda mengetahui apabila peranti pintar anda sudah siap di caj.

Ikuti sahaja langkah berikut.

Pertama sekali pasang aplikasi "Battery Full Notification"



Aplikasi ini bertujuan untuk mengingatkan anda bahawa bateri sudah penuh dicaj dengan membunyikan deringan notifikasi.

 

Seterusnya aktifkan notifikasi pada aplikasi tersebut dengan memilih jenis-jenis notifikasi yang anda berkenan. Selesai



 

Maka dengan itu, anda tidak perlu khuatir lagi akan terjadinya kes "terlebih caj".



 

Itulah sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.