Ketahui Sejarah Awal Komputer Riba Yang Anda Gunakan Hari Ini

Komputer riba adalah satu teknologi yang digunakan sejak 1979 lagi. Boleh dikatakan setiap hari, sama ada di rumah atau tempat kerja pasti kita akan menggunakan peranti ni. Komputer riba hari ini semakin menjadi pilihan berbanding komputer meja memandangkan ia mudah alih sekaligus membolehkannya dibawa ke mana sahaja.

Akan tetapi, pernahkah kita mengambil tahu mengenai sejarahnya termasuk siapa pencipta dan apakah jenama komputer riba pertama yang berada di pasaran? Bagi membantu anda, hari ini kami akan bantu anda untuk lebih mengenali sejarah peranti penting ini.

Ia bermula pada tahun 1981 di mana Adam Osborne menghasilkan sebuah komputer mudah alih pertama yang digelar Osborne 1. Ia dilancarkan oleh syarikatnya sendiri Osborne Computer Corporation pada April 1981.

Kapsyen: Kredit: http://collection.sciencemuseum.org.uk


Osborne 1 juga merupakan sebuah laptop yang berat dan besar. Malah ia dijual dengan harga $1795, satu nilai yang sangat tinggi ketika itu. Namun, 4 tahun selepas itu, syarikat ini gagal bertahan di dalam pasaran lantas menjadikan jenama ini hanya satu sejarah yang dilupakan.

Dua tahun selepas tu, Manny Fernandez, seorang ahli perniaagaan yang berjaya telah hadir dengan idea untuk membangunkan Gavillan Computer. Ia merupakan sebuah komputer riba yang lebih baik berbanding Osborne 1.

Kapsyen: Kredit: http://vintagecomputer.net


Malah, Gavillan Computer ini diiktiraf oleh lebih ramai sejarawan sebagai komputer riba pertama berbanding Osborne 1.

Radio Shack juga mengeluarkan sebuah komputer riba TRS-80 Model 100 dalam tahun yang sama. Peranti ini merupakan bayangan kepada peranti komputer riba yang ada pada hari ini.

Kapsyen: Radioshack TS-80 bersama Sony Vaio(Kredit: peoplesworld.org)


Pada tahun 1986, sebuah lagi model TRS-80 Model 200 pula diperkenalkan. Model ini adalah naik taraf bagi Model 100 yang terdahulu. Ia juga lebih kecil jika dibandingkan dengan Model 1oo.

Tidak terhenti disitu sahaja, Apple pula telah melancarkan Macintosh Powerbook pada tahun 1991. Pada tahun berkenaan, Apple telah memperkenalkan tiga model Powerbook iaitu Powerbook 100, 140 dan 170.

Kapsyen: Kredit: onlineonly.christies.com


Bermula dari saat itu, muncul beberapa lagi jenama komputer riba lain seperti IBM ThinkPad 700(1992) sebelum lebih banyak lagi komputer riba dengan teknologi lebih moden dihasilkan selepas era 2000 bermula.

Kini, pelbagai jenama komputer riba yang terdapat di pasaran. Bukan hanya jenama besar seperti  Apple, HP,  dan Acer dijual di pasaran malah jenama-jenama yang tidak menfokuskan komputer seperti Huawei dan Xiaomi turut memasuki industri berkenaan.

 

Sumber: thoughtco

Berkaitan