0

“Aku ada internet speed 100Mbps, patutnya donwload fail 1GB makan masa 10 saat jelah, kan?” Itu adalah antara salah faham paling ketara mengenai perbezaan bytes dan bits yang dibuat sebahagian besar daripada kita.

Hakikatnya, huruf “B” dan “b” pada singkatan di atas membawa maksud yang berbeza. “B” pada saiz fail bermaksud bytes manakala “b” pada kelajuan internet bermakna bits.

Dalam kehidupan hari ini, kita sering menyebut MB dan Mbps sebagai “megs” dan ia membuatkan majoriti daripada kita terkeliru. Walhal, perkataan megs itu sebenarnya mewakili “mega” pada megabytes atau megabits.

Jadi, apa beza di antara keduanya? Pertama, bits adalah unit perkiraan yang digunakan untuk kelajuan internet. Bytes pula adalah unit bagi mengukur saiz fail komputer.

Untuk mudah faham bits adalah 8 kali lebih kecil daripada bytes, atau dalam nisbah mudahnya 1 Bytes = 8 bits.

Ini sekaligus menjawab persoalan di awal penulisan tadi. Sekiranya internet anda berada di tahap efisyensi 100% sekalipun, fail 100MB akan mengambil masa 8 saat untuk dimuat-turun pada kelajuan internet 100Mbps.

Sekian sahaja perkongsian kami pada kali ini, diharapkan ia dapat membantu dalam memperbetulkan tanggapan sebahagian daripada kita berkenaan bytes dan bits selepas ini.

 

Sumber: Life Hacker   Uswitch

Comments

Leave a reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

More in Trivia

You may also like