Ketahui Mengapa Fungsi Back Button Tidak Diperlukan Oleh Peranti iPhone, Dan Mengapa Pengguna Android Tidak Menyukainya

iPhone merupakan satu jenama telefon pintar yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Peranti yang dibangunkan oleh syarikat Apple ini terlalu popular sehingga mereka sudah mempunyai 'tentera' mereka sendiri. Namun, sekiranya anda seorang pengguna baru iPhone, mungkin anda akan berasa jengkel atau kurang selesa dengan beberapa ciri yang terdapat pada peranti tersebut.

Antara yang sering menjadi persoalan bagi pengguna baru peranti ini ialah ketiadaan fungsi back button atau butang kembali padanya. Butang ini adalah sangat penting dalam penggunaan seharian. Beberapa pengguna iPhone telah menyatakan pandangan mereka berkenaan perkara ini dan menurut kebanyakkan daripada mereka, iPhone tidak memerlukan butang kembali atas alasan berikut :



1.Aplikasi iOS Sudah Mempunyai Butang Kembali Mereka Sendiri

Kebanyakkan aplikasi yang dibangunkan untuk sistem iOS sudah mempunyai butang kembali di dalam aplikasi itu sendiri. Sebagai contoh, pengguna boleh kembali ke paparan terdahulu dengan menyentuh pada butang kembali aplikasi yang berada di bahagian penjuru atas sebelah kiri.

2.Butang Kembali Akan Menggunakan Ruang Paparan Yang Ada

iPhone terkenal dengan pemangkin kepada ciri paparan skrin penuh dengan memberi paparan kepada pengguna semaksima mungkin. Maka sekiranya iPhone mempunyai butang kembali, ia sedikit sebanyak akan membazirkan ruang yang ada pada paparan skrin peranti.

3.iPhone Mempunyai Fungsi Swipe Skrin Untuk Kembali Ke Paparan Terdahulu

Mengapa perlu menyentuh butang kembali untuk ke paparan terdahulu sekiranya anda cuma perlu swipe skrin paparan untuk melakukannya? Ia kelihatan seperti anda sedang menyelak kembali ke muka surat belakang semasa membaca buku.

Bagaimanapun, pengguna atau bekas pengguna Android mempunyai alasan tersendiri bagi mereka mempersoalkan ketiadaan fungsi back button ini pada peranti iPhone. Antara yang dipersoalkan oleh mereka ialah :



1.Butang Kembali Pada Aplikasi Tidak Berfungsi Seperti Diharapkan

Ya, memang benar kebanyakkan aplikasi yang dibangunkan untuk iOS telah menyediakan butang kembali mereka yang tersendiri. Namun, fungsi tersebut tidak diseragamkan untuk semua aplikasi. Sebagai contoh, anda perlu scroll ke atas semasa menggunakan aplikasi Safari hanya untuk memaparkan butang kembali itu sendiri. Ia telah dianggap sebagai satu tugas tambahan yang perlu dilakukan oleh pengguna.

2.Tugas Tambahan Perlu Dilakukan Semata-mata Untuk Kembali Ke Paparan Terdahulu

Jika menggunakan Android, anda cuma perlu menyentuh butang kembali untuk kembali ke paparan terdahulu walaupun ia adalah dari dua aplikasi yang berbeza. Namun bagi iOS, anda perlu menekan home button sebanyak dua kali untuk mengakses tetingkap recent apps, kemudiannya barulah anda boleh memilih aplikasi yang anda ingin gunakan kembali.

Walaupun terdapat pelbagai perbezaan antara peranti iOS dan Android, kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka tersendiri. Terpulanglah kepada diri pengguna sendiri untuk menilai peranti mana yang lebih mereka minati.

Sumber

Berkaitan