Ketahui Lokasi Android Anda Dengan Hanya Sekali "Klik"

Kepada anda yang selalu tertinggal peranti Android atau berkemungkinan telah dicuri, berikut kami kongsikan satu cara untuk mengetahui lokasi Android anda dengan pantas, tanpa sebarang aplikasi tambahan.

Pertama sekali masuk ke aplikasi pelayar Google Chrome pada PC, pastikan pelayar tersebut sudah di "log in" dengan akaun Gmail yang sama dengan peranti Android yang ingin dicari.



 

Kemudian buat carian "Lokasi androidku" atau yang seangkatan dengannya pada ruangan carian Google.



 

Maka secara otomatik Google Search akan membuat carian dimana peranti terebut berada.



 

Tidak sampai satu minit lokasi Android akan akan dipaparkan berserta alamat dan jarak dari tempat anda berada. Selesai.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat

Berkaitan